Isteri mangsa langgar & seret mahu si mabuk dihukum mati

Kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dan seorang runner Foodpanda beberapa hari lepas benar-benar mengejutkan negara.
Mana tidaknya, motosikal yang ditunggang allahyarham Mohamed Zaili Mohamed, 44 telah diseret hampir 3km oleh sebuah kereta Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang yang berada dibawah pengaruh alkohol.

Nak suspek dihukum mati

Menerusi Harian Metro, isteri mangsa, Zahlawati Zahlan, 47 telah memohon agar suspek dihukum mati kerana menyebabkan dia kehilangan insan tempatnya serta anak-anak bergantung.
Perkara tersebut disampaikan peguam Sazlizam Ariffin apabila anak guamnya mahukan suspek yang kini dituduh mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahu nasib terbela

Dalam video yang telah dirakam, Zahlawati telah memberitahu bahawa dia perlukan keadilan diatas kematian suaminya kerana mereka sekeluarga telah kehilangan orang tersayang, tempat bergantung dan juga sumber pendapatan.
“Akak nak nasib akak terbela, akak dah kehilangan nyawa suami, hilang punca, hilang tempat bergantung dan akak nak benda tu adil.”
“Yang pergi tak akan dapat kembali. Perkara ini bukan sahaja berlaku pada akak, andai berlaku kepada orang lain, biar ada keadilan tu.”
Kes pemandu mabuk langgar penghantar makanan hingga maut.

Isteri mangsa hari ini buat laporan minta polis siasat bagi kesalahan bunuh (seksyen 302 KK dan bukan tuduh seksyen 44 APJ)

Ini kerana katanya kes di Kuantan semalam, tertuduh mabuk dan sebabkan kematian didakwa bunuh.

We can't show you everything!

We automatically hide photos that might contain sensitive content.
View image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter

Seolah-olah sengaja

Tambahnya lagi, dia mahu kertas siasatan dibuka kerana mahu keadilan berikutan suspek seolah-olah  sengaja memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar suaminya.
Saya mahukan keadilan sewajarnya apatah lagi dalam rakaman video tertuduh dilihat membuat tanda isyarat tangan ‘thumbs up’ yang menunjukkan tertuduh sedar dan tahu apa dilakukannya.”
Terdahulu, Mohamed Zaili Mohamed yang menunggang motosikal EX5 telah dilanggar dari arah belakang oleh Khor Yong Zhang, 21 ketika keluar menghantar pesanan makanan yang dijual oleh isterinya.
Kesan daripada pelanggaran tersebut mangsa telah disahkan meninggal dunia serta merta susulan kecederaan parah selepas dirempoh oleh suspek yang dipercayai mabuk.