Bomba musnahkan sarang 65 ekor tebuan sengat kanak2 hingga maut

Sejak semalam heboh diperkatakan mengenai, seorang kanak-kanak perempuan, Nur Nazihah Mohd Sabri,8, yang maut selepas disengat oleh 65 ekor tebuan.
Susulan itu, kira-kira jam 10 malam tadi seramai empat anggota bomba telah ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja memusnahkan sarang tebuan terbabit.

Sarang berjaya dimusnahkan

Dalam laporan Berita Harian, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Paka, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Rezuan Adnan, berkata sarang tebuan itu telah berjaya dimusnahkan.
Pihaknya yang turut bersimpati dan sedih atas kejadian yang menimpa kanak-kanak perempuan itu, memaklumkan kematian disengat tebuan merupakan kes yang pertama berlaku di Paka, Dungun, Terengganu.

Disengat puluhan tebuan

Difahamkan, mangsa keluar bermain di kawasan semak bersama adik dan kakaknya, berhampiran rumah mereka telah diserang oleh puluhan tebuan.
Mangsa disahkan meninggal, jam 1.35 pagi semalam ketika diberi rawatan di Hospital Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu. Sementara, adiknya dilaporkan masih dirawat dan berada dalam keadaan stabil.