‘Harta karun’ sering dicuri, pemilik muzium percuma dijemput Illahi
Pada tahun lalu, pemilik muzium Rumahku Muziumku, Nordin Ali dikhabarkan telah menutup muzium persendirian kerana barang antiknya kerap dicuri oleh pengunjung yang datang.
Bahkan, beliau sempat luahkan kekecewaan dan berasa sedih kerana terdapat pengunjung yang sengaja mengambil barang antik miliknya tanpa pengetahuan dan kebenaran.
“Muzium ini dah kehilangan tuannya…”
Pada 10 Julai yang lalu menerusi perkongsian oleh anak kepada Nordin Ali menerusi laman Twitter, telah menyatakan bahawa pemilik muzium percuma berkenaan telah kembali kepada Sang Pencipta.
Gambar terakhir jenazah arwah bapa…
“Terima kasih Pakcik Nordin…”
“Agak2, ada rasa bersalah tak curi barang tu?”
Sudah tentunya pemergian pakcik Nordin Ali ini turut meninggalkan kesan buat para pengguna laman Twitter. Bahkan ramai juga yang memberi peringatan kepada individu-individu yang bertindak mencuri barang antik milik arwah, agar memohon maaf atas perlakuan berkenaan.
Salam takziah buat keluarga arwah
“Siapa2 yang mencuri, siap kau jawab kat akhirat”
“Sedialah pulangkan barang2 tu…”
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Twitter.